Lokasi ketiga Jelajah 90 SURIA adalah di Johor Bahru, Johor!
Negeri Johor merupakan salah satu nadi kuat kepada Suria FM!
Untuk konsert di Johor, lokasinya terletak di Paradim Mall Johor Bahru. Lokasi yang strategik dalam jajaran Lebuhraya Skudai menghala ke pusat bandar.
Jika anda daripada lebuhraya Utara-Selatan, Paradigm Mall terletak di sebelah kiri menghala ke bandar Johor Bahru. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi ataupun e-hailing jika anda daripada Terminal Larkin Sentral dan JB Sentral.